Rabu, 25 April 2012

=(

assalamualaikum..
hai korang.. *bace dengan nada sedih*
aku nak balik rumah sangat-sangat ni..
aku dah tak sabar nak tunggu khamis minggu depan.
tolong la cepat mase berlalu.
aku nak balik..

p/s:: tadi ma cantek call tanya aku sihat tak..
ni  la menyebabkan aku nak balik sebab dah rindu sangat kat ma cantik n pa ensem..


tenz coz sudi bace sampe abiz. ngeh3.

Selasa, 24 April 2012

hilangkn boring..!!











assalmualaikum..!!!
aku saja hilangkan boring..
so aku nak praktikan ilmu copy n paste aku..
kredit : : incik google


tenz coz sudi bace sampe abiz. ngeh3.

Ahad, 22 April 2012

senyum selalu ok..!!

ok hari ni aku ada jumpe fakta yang mungkin dah ramai yang tahu. tapi aku just nak share dengan korang apa yang aku jumpe ni. tadaaaaa..

1.    Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2.    Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3.    Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.    Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.    Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6.    Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7.    Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.    Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9.    Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10.    enyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11.    Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12.    Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13.    Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14.    Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15.    Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

 kredit: : [[sini]]


p/s ; rindu sangat kat Puan Ma Cantek n  Encik Pa Kacak

tenz coz sudi bace sampe abiz. ngeh3.

Sabtu, 21 April 2012

:: SAYA MINTA MAAF ::




~ Ungkapan MAAF mampu MENYEJUKKAN HATI yang sedang panas..mampu MENDAMAIKAN JIWA yang sedang resah gelisah..mampu MENGHILANGKAN segala rasa tidak puas hati, segala marah yang terbuku di kalbu..kemudian akan HILANG, insyaAllah..
Jadilah insan yang PEMAAF bagaikan baginda Rasulullah SAW, BELAJARLAH untuk menjadi orang yang TERLEBIH DAHULU memohon maaf walau bukan diri yang bersalah, belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa MERENDAH DIRI..

p/s : Saya minta maaf..untuk mereka-mereka yang pernah saya TERGURISKAN HATI, TERKASAR BICARA, TIDAK TERTUNAI HAK-HAK sebagai saudara seagama..maafkan saya yang HINA dan LEMAH ini..

Dan insyaAllah, segala bentuk kesalahan yang pernah dilakukan pada saya, dengan rasa rendah dirinya, saya MAAFKAN..saya manusia biasa, yang SENTIASA melakukan salah dan silap..dengan Allah pun selalu buat silap apatah lagi dengan manusia biasakan? Tapi saya CUBA, cuba menjadi insan yang LEBIH BAIK dari hari sebelumnya, biiznillah..♥♥

:: JANGAN LUPA yang kita kena selalu MINTA MAAF DENGAN ALLAH :: ^^
kredit : :  https://www.facebook.com/assalamualaikum.wbt



tenz coz sudi bace sampe abiz. ngeh3.

Jumaat, 20 April 2012

miss kamu..!!!

hai..!!!
tak salahkn kalau aku kata yang aku memang sedang merindui kamu..
yup kamu..!!!
kamu sentiasa ada walau apa pun keadaan aku.
dalam susah atau senang..
kamu sentiase bagi semangat kat aku..
kamu aku jadikan sebagai teladan..
kamu yang aku sanjungi..
kamu yang sedia membantu aku..
kamu yang sanggup membebel untuk aku..
kamu yang sanggup datang membantu walaupun aku sudah berada jauh dari matamu..
kamu juga aku jadikan tonggak utama untuk aku berjaya..
kamu yang sanggup kejutkan aku waktu subuh untuk sembahyang..
kamu yang mengingatkan aku wujudnya Maha Pencipta..
kamu yang sentiasa ada dlam ingtan aku..
kamu aku nak nangis time tulis ni..
tapi malu sebab roomate duk ada sekali dalam bilik nie..
yup sebab aku memang Rindukan Puan MA Cantik N Encik Pa Kacak..
waaaaaaaaaa dah 2  minggu aku tak balik..
susah la kalau study jauh2 nie..
tapi tak pe la demi kejayaan, aku sanggup berkorban sedikit rase rindu kat  Puan MA Cantik N Encik Pa Kacak.. 
 Puan MA Cantik N Encik Pa Kacak tunggulah anakanda akan pulang tidak alma lagi..
pergh ayat mcm duk kat oversea je..
muahahahaaaaa..
ASSALAMUALAIKUM..

p/s:  duit en. PTPTN  dh nk hbis..
tak sanggup lagi aku mengenang kisah lalu..
alamak tersalah nyanyi lagi  awie la plak..
ye la tak sanggup la aku nk g kat mesin ATM then  memperkeluarkan duit2 ak tu..
uhuk3..
*smbil kesat2 air mate yang meleleh..
sbb hari2 makan megi je .. 



tenz coz sudi bace sampe abiz. ngeh3.