Rabu, 5 Disember 2012

nak kembali masa yang lepas.

Assalamualaikum. ok tadi aku duk godek2 gambar masa aku zaman sekolah @zaman sebelum aku masuk kat U ni. serius aku memang rindukan masa yang lalu. kalau boleh aku nak je putarkan masa. & aku harap sangat aku boleh putarkan masa. memang akan terjadi tapi akan hanya terjadi dalam mimpi aku je la.

banyak kenangan yang lepas aku tak leh lupakan. kalau masa tu boleh putarkan balik sekarang mesti aku duk kat rumah. aku boleh manja ngan puan ma cantik & encik pa kacak. sekarang jugak aku tak perlu fikirkan masalah duit. aku tak perlu fikir nak makan apa.

dan yang paling penting aku tak perlu meletihkan diri aku dengan stdy. serius sekali fikir aku macam nak berhenti stdy. tapi bila fikirkan harapan ma cantik & encik pa kacak membuatkan aku semangt balik untuk stdy. hanya pada aku mereka sandarkan harapan. dan aku tak sanggup dan tak akan kecewakan mereka. tapi kadang2 tu aku terfikir gak macam mana la klau keputusan aku kat sini mengecewakan mereka. ahh aku tak sanggup nak bayangkan. Ya ALLAH Engkau berkatilah ilmu yang aku pelajari dan bantulah aku & rakan seperjuanganku mempelajari ilmu Mu YaALLAH. hanya padaMu aku bergantung harap.

tapi aku tahu mustahil dan memang tak akan boleh aku putarkan balik masa. tapi kalau aku bela doremon sekor tu boleh lah aku pinjam pintu masa beliau. *ok tak lawak. aku tau* tapi aku  sangat bersyukur walaupun sekarang aku tak sama macam dulu. yup sekarang walaupun dalam hati sentiasa rindukan puan  ma cantik & encik pa kacak tapi aku dah boleh kentalkan aku semangt tu. *betul ke ayt aku?* sekarang aku boleh belajar hidup berdikari, belajar boleh kenal diri sendiri, kenal  mana kawan n mana lawan dan sebagainya.

dan masa lalu merupakan kenangan yang mungkin tak akan aku lupankan. kenangan lepas boleh dijadikan panduan masa hadapan. kenangan lepas akn sentiasa tersemat dalam hati, sanubari n sebagainya. kenangan yang lepas bukan semuanya manis. kerana kenangan pahit mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. kenangan pahit mengajar kita untuk menginsafi diri kita yang hina di bumi ALLAH yang banyak duri rintangannya.

aku ingat lagi aku menanyakan soalan kat puan ma cantik & encik pa kacak kenapa wujudnya neraka & syurga? mereka menanyakan kepada aku mengapa juga ALLAH ciptakan syaitan? dan mereka menjawab hanya ALLAH yang maha mengatahui segalanya. dan kita hidup di dunia ini perlulah memilih jalan yang kita kehendaki iaitu syurga ataupun neraka.#rindu mereka#
tenz coz sudi bace sampe abiz. ngeh3.

Isnin, 3 Disember 2012

marah!!

Assalamualaikum korang.
serius sekrang ni aku semakin tak leh handle aku punye tahap kemarahan.*betulkan ayt aku?*  hari-hari ada je mangsa-mangsa keadaan yang jadi mangsa kemarahan aku.
aku pun tak tau la kenapa.. kadang-kadang tu memang salah aku tapi aku tetap jugak nak marah kan orang. then sekarang pun aku perasan mulut aku  ni mmg senang je nak melepaskan kata-kata. kalau nak kata tu terus je keluar tak simpan-simpan dalam hati & sanubari.
kadang-kadang tu aku kesian gak mangsa-mangsa keadaan aku tu tapi.......... entahlah. sory la ok wahai mangsa keadaan aku tu. so sekarang ni aku duk menanam azam dalam diri supaya aku dapat kawal aku punya kemarahan & aku dapat control aku punya tahap kelajuan mulut ni ok. ~doakan la untuk aku ok?~

nota kaki, tangan & mulut:
tak sabar nak tunggu khamis ni.
sbb Encik Pa kacak & Puan Ma cantik nak
datang menjemputny pun aku di U terchenta.

tenz coz sudi bace sampe abiz. ngeh3.

Ahad, 2 Disember 2012

malas+rajin

Assalamualaikum.  setelah sekian lama aku tak update aku punye diari elektornik ni dan dengan rasminya hari ini aku telas pun mengupdate anda wahai diari elektronik.~macam la korang heran kan?~ aku update pun sebab sekarang ni kawan-kawan aku yang lain duk sibuk update diorang punye blog. so aku pun mengikut la jejak langkah mereka.

malas? yup aku memang malas untuk buat assigmnt yang en lecture & pn lecture bagi. dan sekarang perasan aku malas sangt nak g kelas. tak tau la. kalau boleh setiap kelas tu aku nak attend dlam mimpi je. sejak bergelar ahkak senior ni semakin bertambah pulak penyakit malas aku.

kalau part rajin tu. banyak sangat. sekarang aku rajin habiskan duit en. PTPTN. sekarang aku rajin OUTING. aku rajin tulis2 kat makcik TWITTER. rajin online kat pakcik FB. and yang paling terbaru aku suka jalan2. semalam aku pergi kat U tercinta kampus pekan untuk larian amal. letih tau* sambil lap2 dahi berpeluh* dan minggu lepas aku g temerloh untuk makan buah2 yang masak ranum.*ayat yang buat cikgu BM aku nangis*

nota kaki tangan:
sekarang aku rase hidup aku sgt happy
tak kira la aku kat rumah  atau kat U terchenta.
sebab kat rumah opkos la aku disyangi n dikasihi 
puan Ma cantik & incik Pa kacak.
kalau kat U terchenta aku ditemani 
kawan-kawan yang mereng n separa betul.
sayang anda semua yang berada @ wujud dalam hidup aku.

rindu  puan Ma cantik & incik Pa kacak.
walaubagaimana cara sekalipun minggu depan aku nak balik jugak.

tenz coz sudi bace sampe abiz. ngeh3.