banyak kenangan yang lepas aku tak leh lupakan. kalau masa tu boleh putarkan balik sekarang mesti aku duk kat rumah. aku boleh manja ngan puan ma cantik & encik pa kacak. sekarang jugak aku tak perlu fikirkan masalah duit. aku tak perlu fikir nak makan apa.
dan yang paling penting aku tak perlu meletihkan diri aku dengan stdy. serius sekali fikir aku macam nak berhenti stdy. tapi bila fikirkan harapan ma cantik & encik pa kacak membuatkan aku semangt balik untuk stdy. hanya pada aku mereka sandarkan harapan. dan aku tak sanggup dan tak akan kecewakan mereka. tapi kadang2 tu aku terfikir gak macam mana la klau keputusan aku kat sini mengecewakan mereka. ahh aku tak sanggup nak bayangkan. Ya ALLAH Engkau berkatilah ilmu yang aku pelajari dan bantulah aku & rakan seperjuanganku mempelajari ilmu Mu YaALLAH. hanya padaMu aku bergantung harap.
tapi aku tahu mustahil dan memang tak akan boleh aku putarkan balik masa. tapi kalau aku bela doremon sekor tu boleh lah aku pinjam pintu masa beliau. *ok tak lawak. aku tau* tapi aku sangat bersyukur walaupun sekarang aku tak sama macam dulu. yup sekarang walaupun dalam hati sentiasa rindukan puan ma cantik & encik pa kacak tapi aku dah boleh kentalkan aku semangt tu. *betul ke ayt aku?* sekarang aku boleh belajar hidup berdikari, belajar boleh kenal diri sendiri, kenal mana kawan n mana lawan dan sebagainya.
dan masa lalu merupakan kenangan yang mungkin tak akan aku lupankan. kenangan lepas boleh dijadikan panduan masa hadapan. kenangan lepas akn sentiasa tersemat dalam hati, sanubari n sebagainya. kenangan yang lepas bukan semuanya manis. kerana kenangan pahit mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. kenangan pahit mengajar kita untuk menginsafi diri kita yang hina di bumi ALLAH yang banyak duri rintangannya.
aku ingat lagi aku menanyakan soalan kat puan ma cantik & encik pa kacak kenapa wujudnya neraka & syurga? mereka menanyakan kepada aku mengapa juga ALLAH ciptakan syaitan? dan mereka menjawab hanya ALLAH yang maha mengatahui segalanya. dan kita hidup di dunia ini perlulah memilih jalan yang kita kehendaki iaitu syurga ataupun neraka.#rindu mereka#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan